Rabu, 20 April 2011

PAKEJ BAJET

Pakej ini merupakan pakej yang paling mudah untuk di laksanakan, yang mana pembeli hanya perlu menyatakan bajet untuk rumah idaman mereka. Pihak kami akan menyediakan pelan lakaran dan spesifikasi rumah tersebut. Setelah dipersetujui maka langkah seterusnya akan di laksanakan sehinggalah pembeli berpuashati.

PAKEJ:SPESIFIKASI PEMBELI

Di dalam pakej ini pembeli hanya perlu menyediakan spesifikasi untuk dinilai oleh pihak Kami. Antara contoh spesifikasi adalah seperti keluasan rumah yang ingin dimiliki, anggaran peruntukan untuk rumah tersebut, jenis barang yang akan dipasang, lokasi rumah yang akan di bina dan keluasan rumah.

Setelah mendapat semua maklumat tersebut Kami akan menyediakan sebutharga dan senarai kuantiti untuk diberikan kepada pembeli. Sekiranya persetujuan dicapai maka urusan yang seterusnya akan di selesaikan.

PAKEJ:PELAN OLEH PEMBELI

Di dalam pakej ini, Pembeli akan menyediakan pelan rumah yang di ingini dan menyerahkan kepada Kami untuk urusan mendapatkan kelulusan dan pihak berkuasa tempatan. Setelah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan maka perbincangan tentang harga akan di jalankan antara pembeli dan pihak Kami. Setelah semuanya dipersetujui bersama maka kerja-kerja pembinaan akan dimulakan dengan kadar segera, dan kerja akan disiapkan mengikut tempoh yang telah dipersetujui bersama.

PAKEJ BINA SENDIRI

Kami juga menawarkan pakej untuk membina rumah anda di atas tanah yang anda beli sendiri atau tanah sedia ada. Di dalam pakej ini adalah kontraktor untuk pihak anda. Pihak anda akan menyediakan tapak, pelan rumah yang telah mendapat kelulusan. Manakala Kami selaku kontraktor akan menyediakan anggaran harga upah termasuk barang untuk rumah tersebut bergantung kepada permintaan dan spesifikasi yang di minta oleh pembeli.

PAKEJ E

SPESIFIKASI BANGUNAN
Harga: RM 180,000.00 ~ RM 234,000
Keluasan rumah: 1000 ~ 1300 kaki persegi
Keluasan tanah: 4000-4500 kaki persegi
Jenis: Banglo setingkat
Bilik tidur: 3 bilik
Tandas: 1 tandas
Bilik Mandi: 1 bilik mandi



STRUKTUR
Asas Rumah: Kerangka Konkrit Bertetulang
Kekuda bumbung: Mixed wood yang diawet
Bumbung: Genting Konkrit
Dinding: Batu-bata simen
Longkang: Konkrit 225mm
Aras lantai: 2’ dari aras tanah
Aras siling: 10’ dari aras lantai

 KEMASAN
Lantai dalam : Jubin seramik 1’ x 1 
Lantai Terrace: Simen licin 
Lantai Porch: Simen licin

SILING
Ruang Tamu: Plaster ceiling & 2’ ΓΈ dome
Ruang Keluarga: Plaster ceiling rata
Bilik Utama: Siling asbestos 4’ x 4’
Bilik 2 & 3: Siling asbestos 4’ x 4’
Dapur: Siling asbestos 4’ x 4’
Porch: Siling asbestos 4’ x 4’
Terrace: Siling asbestos 4’ x 4’
Tandas: Siling asbestos 4’ x 4’
Kaki lima: Siling asbestos 4’ x 4’

TINGKAP
Bingkai: Aluminium casement
Cermin: Tembus cahaya

PINTU
Pintu Utama: Kayu keras kelas B
Pintu Terrace: Pintu sliding berbingkai aluminium
Pintu Bilik: Kayu keras kelas B
Dapur: Kayu keras kelas B
Tandas: PVC
Bilik air: PVC